Tuesday 15 November 2011

Tinta Presiden Intellectual Members of Muslim Nation


Firman Allah (swt):
 "Allah telah bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,(demikian pula) para Malaikat dan orang-orang yang berilmu, yang menegakkan keadilan. Tidak adaTuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi MahaBijaksana." (surah Ali 'Imran,ayat:18)


Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para mahasiswa/i yang baru kerana dipilih menjadi ahli keluarga UiTM Cawangan Kelantan yang baru.Insya Allah, dengan kehadiran kalian dalam keluarga yang baru dapat lagi menambahkan seri serta ilmuan yang menuntut ilmu di sini.

Mahasiswa/i sekelian,
Di dalam ayat di atas menunjukkan bahawasanya Allah SWT telah meletakkan kedudukan orang berilmu di tempat yang tinggi dan hanya betul-betul makhluk yang meng-Esakan Allah selepas daripada malaikat ialah orang yang berilmu.Hal ini menunjukkan bahawasanya menuntut ilmu merupakan menjadi keutamaan serta menjadi syarat bahawasanya hanya untuk mengenal Islam lebih-lebih lagi Tuhannya . Semasa di Madinah, Rasulullah SAW telah bermesyuarat dengan para sahabat mengenai nasib para tawanan peperangan Badar. Umar mencadangkan supaya dibunuh semua para tawanan perang manakala Abu Bakar As-Siddiq mencadangankan agar diminta wang tebusan.Cadangan Abu Bakar mendapat sokongan para sahabat dan Rasulullah SAW menerima bahawa diminta wang tebusan bagi setiap para tawanan peperangan dan mana-mana tawanan yang miskin tetapi berpengetahuan dikehendaki mengajar sepuluh kanak-kanak sehingga menjadi pandai. Rasulullah SAW tidak mahu mengsia-siakan kepakaran yang ada pada para tawanan yang miskin dimana yang mempunyai pengetahuan dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam Madinah supaya pandai.Disini menunjukkan kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan.

Mahasiwa/i sekelian,
            Sejarah telah membuktikan bahawasanya hanya orang yang berani dan gigih Berjaya . Perkara ini dapat dilihat pada zaman kerajaan Islam Abbasiyah dimana lahirnya para ilmuaan yang pakar dan faqih dalam bidang masing-masing seperti Al-Khawarizmi dalam matematik, Ibn Sina dalam bidang perubatan dan lain-lain lagi. Selain ilmuan Islam yang silam, antara ilmuan Islam kontemporari adalah TunDr Mahathir, Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi, dan lain-lain lagi . Setiap para ilmuan Islam bukan hanya mempunyai kepakaran yang berkisar dalam bidang masing-masing, tetapi mereka semua mampu mempunyai menguasai cabang ilmu lain seperti Ibn Sina amat mahir dalam selok-belok hokum-hakam Islam danTun Dr. Mahathir pakar dalam bidang ekonomi sehingga mampu berjaya memodenkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Mahasiswa/i diingatkan supaya mempunyai multilevel-knowlegde atau kepelbagaian ilmu supaya mempunyai pelbagai pengetahuan dan bukan hanya berkisar kepada apa yang dipelajari dalam kuliah sahaja. Insya Allah



Mahasiswa/i sekelian
            Universiti Teknologi Mara telah memenuhi kriteria-kiteria sebagai universiti yang bersifat global bahkan global.Kalian merupakan penuntut yang terpilih disebuah univresiti yang melahirkan graduan-graduan yang memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan.Pepatah arab mengatakan ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’. Ilmu bukan sahaja diperolehi di dalam bilik kuliah, bahkan diluar dan dimana-mana sahaja boleh terjadi majlis ilmu . Saidina Ali pernah mengatakan sesiapa yang mengajarnya walaupun satu huruf maka dia gurunya. Lihatlah para sahabat sekelian, ilmu berada dimana-mana sahaja . Antaranya ilmu kemahiran insaniah atau soft-skill yang amat diperlukan dalam bidang pekerjaan . Mahasiswa/i boleh menyertai pelbagai aktiviti sukan atau persatuan untuk menggarapkan kemahiran yang  ada pada diri dan ingatlah, hanya Islam sahaja yang boleh memandu kepada kejayaan dunia dan akhirat . Insya Allah.

Dayung sampan tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah.

Sekian, TerimaKasih

Yang Benar
Presiden
Muhammad Faris bin Rusli 
Intellectual Members Of Muslim Nation