Tuesday 31 January 2012

BERSYUKURLAH

       Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi....aauuummmmm !!!!!
                                                 
 Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar 
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu.
Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi,harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor 
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.


                    "Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni"                                                                                                                           


 Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .
    
    Berfikir lagi... "Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke      bawah makan dek buaya. Macam mana nih"...


Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.


 Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." 


  Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. ..

Monday 30 January 2012

Tazkirah Remaja: 5 cara syukuri nikmat


KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki.

"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.

Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.

Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.

Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu

berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.

Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.

Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.

Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.

Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.

Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.

Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur.

Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Sunday 29 January 2012

Tidak layak menjadi pemimpin , siapakah mereka ?

4 KATEGORI MANUSIA TIDAK LAYAK DILANTIK JADI PEMIMPIN


Menyedari pentingnya pemimpin dan kepimpinan , Allah sendiri menyatakan dalam Al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin.

1.Orang Yahudi Dan Nasrani
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang sesiapa antara kamu menjadika mereka pemimpin, sesungguhnya ia menjadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang zalim. ”-Al-Maidah:51

2.Orang yang lebih mengutamakan kekafiran daripada keimanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang sesiapa yang mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalngan kamu, maka mereka itu adalah zalim.”-At-Taubah:23

3.Orang yang diluar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik.
Allah berfirman yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, merkea tidak henti-hentinya mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhmya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam mulut mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan Al-Quran,sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu.”        –Ali-Imran:118-119

4.Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnya.
Allah berfirman yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu? ” –An-Nisa’:144
Jawatan sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana berdasarkan sirah Rasulullah SAW juga baginda amat berhati-hati dalam memilih sahabat-sahabat yang dipercayai untuk memegang jawatan-jawatan tertentu sama ada mereka betul-betul bersedia dalam menerima kepercayaan tersebut atau sebaliknya, fikir-fikrkanlah. Sekian.  


dari : EXCO Perhubungan & Korporat ( PK)


Monday 23 January 2012

Motivasi : Kejayaan yang bermakna

“MOTIVASI MENUJU KEJAYAAN  YANG BERMAKNA”....

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha penyayang. 
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Alhamdulilah dengan izin ALLAH S.W.T.keluarga AI telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan anda semua walaupun ilmu yang di miliki tidak seberapa.Sabda Rasullulah SAW: “Sesiapa yang menyampaikam ilmu dan orang lain mengamalkannya,maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada”..InsyaALLAH.

        Seperti yang sedia maklum,setiap orang pasti mempunyai cita-cita yang tinggi untuk meraih sesuatu kejayaan. Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.Di sini ada sedikit perkongsiaan tips-tips yang boleh dipraktikkan oleh anda supaya sentiasa bersemangat dan tidak mudah kecundang dalam mengejar cita-cita.


*       Sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T
 Kita sering bertanya pada diri sendiri bagaimana caranya untuk kita mencapai kejayaan dengan mudah dan cepat kan?sebenarnya cara yang paling afdhal adalah dengan mencari redha Allah SWT terlebih dahulu. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah S.W.T.Di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling bermakna.Disamping itu,setiap amalan baik seperti menuntut ilmu hendaklah disertai dengan niat yang ikhlas supaya ilmu yang kita dapat diberkati oleh Allah S.W.T dan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak serta setiap amalan  ikhlas yang dilakukan juga akan dapat perkukuhkan iman dalam jiwa setiap muslim.


*      Perlu ada tujuan hidup
Setiap orang perlu ada tujuan hidup masing-masing kerana tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.Apabila anda merasa kecundang dan patah semangat anda perlu ingat balik tujuan melakukanya dan insyaallah motivasi itu akan kembali untuk memulihkan semangat anda semula.

Tetapkan impian & matlamat yang ingin dicapai      
Setiap orang perlu mempunyai impian kerana sangat susah bagi seseorang untuk bermotivasi sekiranya tiada impian @ matlamat yang khusus.Anda perlu mempunyai kedua-duanya untuk menguatkan lagi tujuan anda untuk berjaya .Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.




*      Mempunyai self-confident yang tinggi
Seseorang yang mempunyai impian @ matlamat yang tinggi perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menempuhi halangan yang bakal anda hadapi.Tidak mudah mengalah sekiranya menemui kegagalan dan sentiasa yakin dengan keputusan yang dibuat selagi keputusan yang dibuat itu betul dan rasional.Ingat kita perlu mengelakkan diri kita menjadi seperti lalang apabila ditiup ke kanan akan bergerak ke kanan dan apabila di tiup ke kiri akan bergerak ke kiri.Seseorang yang seperti ini adalah orang yang tidak mempunyai pendirian yang teguh dan mudah terpengaruh.

*       Tetapkan haluan anda sendiri
Untuk melangkah anda perlu mempunyai haluan sendiri supaya apa yang diingini akan dikecapi.Anda perlu mengelakkan diri anda daripada membandingkan diri anda dengan orang lain kerana hal ini akan mengurangkan keyakinan anda.Mungkin pada mulanya anda memang rasa bersemangat tapi lama- kelamaan semangat itu akan hilang apabila anda merasakan orang lain lebih hebat daripada anda.Satu perkara sahaja yang perlu kita ingat bahawa Allah S.W.T. telah menganugerahkan setiap manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.


*       Perlu ada keberanian dalam meneruskan perjalanan & tidak mudah putus asa
Apabila anda berhadapan dengan sesuatu halangan dalam perjalanan anda untuk berjaya mungkin anda akan mudah untuk berputus asa dan membuat keputusan untuk menghentikan perjalanan itu. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah iaitu antara seseorang yang ada keberanian atau sebaliknya.Oleh itu perkara yang terbaik perlu dilakukan adalah dengan fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya tanpa menoleh kebelakang.
S


emoga  tips-tips yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah. Akhir sekali,hanya keampunan daripada Allah S.W.T. diharapkan jika terdapat kekurangan dan kesilapan di dalam karangan ini.Sesungguhnya kami hanya manusia biasa.Wallahualam.

OLEH : EXCO AKADEMIK DAN   INTELEKTUAL (AI)


“ there’s something different that can make your different”.