Monday 23 January 2012

Motivasi : Kejayaan yang bermakna

“MOTIVASI MENUJU KEJAYAAN  YANG BERMAKNA”....

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha penyayang. 
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Alhamdulilah dengan izin ALLAH S.W.T.keluarga AI telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan anda semua walaupun ilmu yang di miliki tidak seberapa.Sabda Rasullulah SAW: “Sesiapa yang menyampaikam ilmu dan orang lain mengamalkannya,maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada”..InsyaALLAH.

        Seperti yang sedia maklum,setiap orang pasti mempunyai cita-cita yang tinggi untuk meraih sesuatu kejayaan. Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.Di sini ada sedikit perkongsiaan tips-tips yang boleh dipraktikkan oleh anda supaya sentiasa bersemangat dan tidak mudah kecundang dalam mengejar cita-cita.


*       Sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T
 Kita sering bertanya pada diri sendiri bagaimana caranya untuk kita mencapai kejayaan dengan mudah dan cepat kan?sebenarnya cara yang paling afdhal adalah dengan mencari redha Allah SWT terlebih dahulu. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah S.W.T.Di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling bermakna.Disamping itu,setiap amalan baik seperti menuntut ilmu hendaklah disertai dengan niat yang ikhlas supaya ilmu yang kita dapat diberkati oleh Allah S.W.T dan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak serta setiap amalan  ikhlas yang dilakukan juga akan dapat perkukuhkan iman dalam jiwa setiap muslim.


*      Perlu ada tujuan hidup
Setiap orang perlu ada tujuan hidup masing-masing kerana tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.Apabila anda merasa kecundang dan patah semangat anda perlu ingat balik tujuan melakukanya dan insyaallah motivasi itu akan kembali untuk memulihkan semangat anda semula.

Tetapkan impian & matlamat yang ingin dicapai      
Setiap orang perlu mempunyai impian kerana sangat susah bagi seseorang untuk bermotivasi sekiranya tiada impian @ matlamat yang khusus.Anda perlu mempunyai kedua-duanya untuk menguatkan lagi tujuan anda untuk berjaya .Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.




*      Mempunyai self-confident yang tinggi
Seseorang yang mempunyai impian @ matlamat yang tinggi perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menempuhi halangan yang bakal anda hadapi.Tidak mudah mengalah sekiranya menemui kegagalan dan sentiasa yakin dengan keputusan yang dibuat selagi keputusan yang dibuat itu betul dan rasional.Ingat kita perlu mengelakkan diri kita menjadi seperti lalang apabila ditiup ke kanan akan bergerak ke kanan dan apabila di tiup ke kiri akan bergerak ke kiri.Seseorang yang seperti ini adalah orang yang tidak mempunyai pendirian yang teguh dan mudah terpengaruh.

*       Tetapkan haluan anda sendiri
Untuk melangkah anda perlu mempunyai haluan sendiri supaya apa yang diingini akan dikecapi.Anda perlu mengelakkan diri anda daripada membandingkan diri anda dengan orang lain kerana hal ini akan mengurangkan keyakinan anda.Mungkin pada mulanya anda memang rasa bersemangat tapi lama- kelamaan semangat itu akan hilang apabila anda merasakan orang lain lebih hebat daripada anda.Satu perkara sahaja yang perlu kita ingat bahawa Allah S.W.T. telah menganugerahkan setiap manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.


*       Perlu ada keberanian dalam meneruskan perjalanan & tidak mudah putus asa
Apabila anda berhadapan dengan sesuatu halangan dalam perjalanan anda untuk berjaya mungkin anda akan mudah untuk berputus asa dan membuat keputusan untuk menghentikan perjalanan itu. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah iaitu antara seseorang yang ada keberanian atau sebaliknya.Oleh itu perkara yang terbaik perlu dilakukan adalah dengan fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya tanpa menoleh kebelakang.
S


emoga  tips-tips yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah. Akhir sekali,hanya keampunan daripada Allah S.W.T. diharapkan jika terdapat kekurangan dan kesilapan di dalam karangan ini.Sesungguhnya kami hanya manusia biasa.Wallahualam.

OLEH : EXCO AKADEMIK DAN   INTELEKTUAL (AI)


“ there’s something different that can make your different”.












No comments:

Post a Comment