Saturday, 11 February 2012

Tudung & Hipokirt

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ana_muslim.jpg

SOALANUntuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1)      ISU TIDAK MAHU BERTUDUNG ( MENUTUP AURAT) TANPA IKHLAS KERANA TIDAK MAHU HIPOKRIT  SERTA TIDAK MAHU BERUBAH KERANA DISURUH.



Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.  Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.


Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه .. 
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya  kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3)     WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama,  saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai  syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4)      BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Selamat BEPRUASA SUNAT HARI TASYU'A DAN ASYURA.! (9 dan 10 Muharram iaitu pada 26 dan 27 Disember 2009 )
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
9 Muharram 1431
26 Disember 2009

Friday, 3 February 2012

TINTA PRESIDEN



UNTUK LIHAT IMEJ DENGAN LEBIH BESAR...SILA DOUBLE CLICK GAMBAR...

Thursday, 2 February 2012

Kisah Pencuri Kain Kapan yang INSAF [KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKH]

Monday, October 19, 2009

BY ABU BAKAR HJ DAHIM. PELAJAR UPSI. PENDIDIKAN SEJARAH
                
                                             

        Pada suatu hari, seorang pemuda telah mendatangi seorang ALIM yang sedang mengajar. Matanya merah menunjukkan dia selalu menangis. Alim tersebut pun memanggil pemuda tersebut ke sisinya. ALIM tersebut bertanya kepada pemuda tersebut, "apakah kemusykilan engkau?" Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya dia telah banyak berdosa besar. Adakah Tuhan boleh mengampunkan dosaku? Lalu ALIM tersebut pun bertanya apakah dosa engkau? Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya dia adalah seorang pencuri kain kapan. Sama seperti cerita seorang sahabat pada masa Rasulullah yang mencuri kain kapan. Semasa orang mengebumikan mayat, dia akan bersama mengiringi jenazah tersebut. Tetapi malamnya dia akan mencuri kain kapan tersebut. Setiap mayat akan dibogelkannya. Jika mayat wanita, saya akan curi kain kapan tersebut dan berzina dengan mayat tersebut. Namun, setelah saya melakukan kerja mencuri kain kapan tahun demi tahun, saya telah bertemu dengan beberapa keganjilan pada mayat-mayat tersebut. Saya telah bertemu dengan TUJUH situasi pada mayat-mayat ini.. Saya Insaf Tuan Guru. Kata pemuda tersebut kepada ALIM tersebut. Lalu Alim tersebut menyuruh pemuda itu banyakkan bertaubat dan bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Jangan takut, kata Alim tersebut. Ingat Tuhan yang maha pengampun, Allah akan mengampunkan-Mu. Ingat Tuhan yang maha pengasih, Allah akan........ Lalu pemuda itu pun beredar pulang ke rumahnya..
  
                              

       Pada malamnya, ALIM terfikir dengan ucapan pemuda yang mendatanginya pada siang tadi. Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya dia insaf setelah menemui keganjilan pada mayat. TUJUH keadaan mayat yang berbeza. Katanya sungguh ganjil.. Pemuda tersebut menjadi takut. Hati ALIM itu tidak keruan. Lalu, selepas subuh, cepat-cepat Alim tersebut pergi ke rumah pemuda tersebut. Setelah bagi salam, ALIM tersebut melihat pemuda itu sedang menangis. ALIM itu bertanya, kamu tidak tidur? Pemuda itu menjawab, tidak tuan Guru. Sudah banyak mayat saya bogelkan dalam liang lahad. Sudah banyak mayat perempuan yang saya berzina dalam liang lahad. Saya takut.. Jangan takut. Bertaubatlah sungguh2. Cuma saya datang ni sebab semalam engkau mengatakan engkau mulai takut setelah melihat keganjilan pada mayat. Apa keganjilannya? Boleh kah engkau menceritakannya.

       Pemuda itu pun menceritakan pengalamannya. Dia mengatakan bahawasanya ada Tujuh keadaan mayat. Jika org mengebumikan mayat, saya ada disitu. Setiap mayat akan dikebumikan menghadap kiblat. Tapi pada malamnya saya korek balik mayat itu. Mayatnya telah neralih 180 darjah. Saya rasa pelik. Siapa yang mengalihkan mayat itu? Siapa yang korek kubur itu sebelumku? Mengapakah perkara ini berlaku Tuan Guru? Lalu ALIM itu pun memberitahu bahawasanya itu tandanya mayat tersebut telah menduakan Allah. Syirik.. seperti mana yang berlaku pada zaman dahulu. Seorang yang kuat ibadahnya telah membawa kapak untuk menebang pokok yang telah disembah oleh orang kampungnya. Dia merasa marah kerana mereka tidak menyembah Allah. Dengan keadaan marah dia menuju kearah pokok itu. Tiba2 datang iblis yang menyamar menjadi seorang lelaki lalu menahan lelaki tersebut. Iblis itu berkata, janganlah engkau mencampuri urusan orang lain. Teruskanlah ibadahmu itu (Solat). Tapi, lelaki itu tegas mengatakan bahawasanya dia tidak menyukai orang yang menyembah pokok itu. Lalu, lebih baik jika pokok itu ditebang sahaja. Tapi, Iblis tetap mahu menahan niat lelaki tersebut. Lalu lelaki itu pun bertanya, engkau ni siapa? Iblis pun mejawab, aku ni Iblis. Mendengar jawapan Iblis, pemuda itu pun menerkam kearah Iblis dan bergusti. Pemuda itu menang. Pada masa ini lah Iblis telah menggunakan muslihatnya. Dia memujuk lelaki itu, jika tidak menebang pokok tersebut, tiap2 pagi Iblis akan memberikannya sekeping wang emas. Pemuda itu pun bersetuju. Pada keesokan paginya, pemuda itu bangun dan melihat dibawah bantalnya, dia mendapati ada sekeping wang emas. Pemuda itu pun rasa seronok. Jika perkara ini berlarutan, mesti dia akan kaya. Dia merasakan Iblis tadi tidak menipunya. Pada hari kedua, perkara yang sama telah berlaku. Namun, pada hari ketiga, tiada lagi emas yang diletakkan dibawah bantalnya. Pemuda itu merasa marah. Lalu mengambil kapak dan menuju ke arah pokok yang ingin ditebangnya dahulu. Dalam perjalanan, sekali lagi dia telah ditahan oleh Iblis . Dengan marah dia mengatakan kepada Iblis, hari pertama dan kedua engkau bagi emas kepada ku. Tapi hari ketiga engkau tidak bagi. Engkau menipu. Aku ingin tebang pokok itu. Lalu Iblis pun menjawab, jika engkau mahu menebang pokok itu, engkau langgarlah aku dahulu. Pemuda itu merasa marah. Disangkanya dahulu dia telah menang semasa berlawan dengan Iblis. Jadi tidak musatahil akan menang lagi pada kali ini. Dia pun membuang kapaknya dan menerkam ke arah Iblis. Namun, dia telah kalah kepada Iblis tersebut. Pemuda itu pun bertanya. Menagapa aku kalah pada mu kali ini. Iblis pun menjawab, dahulu engkau menang kerana niat engkau ikhlas mahu menebang pokok itu kerana ALLAH S.W.T. sebab itu engkau menang. Tapi sekarang, engkau mahu menebang pokok itu dan melawanku adalah kerana engkau marah sebab tidak mendapat emas dariku. Bukannya kerana Allah. Kerana itu engkau telah kalah. Demikianlah yang berlaku jika menduakan Allah.

      Keadaan kedua. Tuan Guru, saya melihat seorang mayat yang yang dikebumikan cantik wajahnya. Tapi pada malam hari, saya telah mengorek semula kubur tersebut dan dan menyuluh wajah mayat itu dengan lampu suluh. Wajah mayat tersebut berubah menjadi daging hitam. Tuan guru, mengapa mayat tersebut jadi demikian? ALIM pun menjawab orang ini telah MENINGGALKAN SOLAT. Jangan kita menganggap kita mempunyai masa untuk Qadha’ Solat kita itu. INGATLAH, kita tidak mengetahui bila masanya nyawa kita akan ditarik oleh ALLAH S.W.T.? Bila masanya kita akan kembali kepada-Nya? Semuanya ditentukan oleh ALLAH. INGAT.... Tanpa kita sedar, kita telah tiada di Muka bumi ini. DAHULUKANLAH SOLAT sebelum melakukan pekerjaan yang lain. Pada masa kini, kisah yang berlaku di Malaysia. Bila sampai waktu subuh, azan dilaungkan, seorang isteri mengejutkan suaminya. Bang, bangun bang. Tu anjing menyalak tu.. Astaghfirullah al azim.. Azan Subuh dikatakannya salakan anjing. Berkali-kali suaminya menasihati isterinya, namun tidak dipedulikan. Pada suatu pagi, suami balik dan masuk rumah. Si suami mendengan gonggongan anjing di dalam rumah. Dia masuk bilik dan melihat isterinya baring terlantar dan menggonggong seperti anjing. Selang 3 hari, si isteri telah berubah rupanya seperti anjing dan meninggal dengan keadaan yang sedemikian. Astaghfirullah al azim... Janganlah perkara sebegini berlaku kepada kita yang masih hidup.

      Keadaan mayat yang ketiga ialah, perutnya terlalu menggelembung dan telah keluar ulat yang terlalu banyak. Pada siangnya semasa menanam mayat, aku lihat bagus mayatnya. Malamnya aku korek kuburnya, aku lihat perut mayat itu menggelembung dan keluar ulat. Banyak betul. Tuan Guru, mengapa mayat itu menjadi sedemikian? Orang ALIM itu pun menjawab, itulah tandanya mayat itu pada hidupnya suka makan yang haram. Suka makan benda yang haram... Perkara inilah yang kita sangat jaga. Jangan lah kita memasukkan benda yang haram ke dalam badan kita. Seperti mana sahabat Rasulullah S.A.W, Abdullah bin Zarah apabila lalu di hadapan orang yang meminum arak, apabila lalu sahaja, badannya menggigil kerana sangat takut kepada benda yang haram ini. Ini contoh kepada orang yang menjaga diri daripada benda2 yang haram. Demikian juga dengan barangan curi atau benda2 haram yang lain. Jauhkan lah dirii kita yang masih hidup ini daripada perkara-perkara yang haram ini.

      Seterusnya, saya melihat keadaan mayat yang keempat bertukar menjadi batu bulat yang hitam. Siang hari semasa dikebumikan mayatnya ialah manusia, tapi malam telah menjadi batu bulat yang Hitam. Mengapa perkara ini berlaku Tuan Guru? ALIM itu pun menjawab, itulah mayat orang yang menderhaka kepada ibu bapanya. Kita sebagai orang yang masih hidup dimuka bumi Allah ini, janganlah sesekalipun menderhaka kepada Ibu Bapa. Pernah suatu peristiwa yang berlaku di Kedah. Seorang anak yang mendengar bahawasanya bapanya telah meninggal di kampung. Lalu dia balik. Niatnya bukan kerana bapanya itu, tetapi inginkan harta pusaka bapanya itu. Lalu dia bertanya kepada emaknya, bagaimana kita hendak menguruskan harta peninggalan ayah ni. Emaknya pun menjawab seperti yang sepatutnya, harta tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid iaitu hukum Islam. Mendengarnya, si anak tidak berpuas hati dan bertengkar dengan emak. lalu mengambil parang dan ditetaknya ke leher emaknya. Kakaknya ingin menolong emaknya dan melihat leher emaknya sudah tumbang dengan leher yang sudah terbuka. Lalu dirodok oleh si adik perut kakaknya dengan parang. Astaghfirullah al azim.. Kerana harta, seorang anak sanggup menderhaka. Kita takut, jika nanti kita cari harta kekayaan yang banyak, tetapi pada akhirnya, anak kita menjadi sedemikian. Janganlah kekayaan merubah anak kita manjadi seorang yang derhaka. Didiklah anak kita menjadi seorang yang sederhana. Jangan terlalu membiasakan anak-anak kita dengan harta. Terdapat juga kisah seorang lelaki yang kuat ibadahnya. Suka melakukan solat sunat. Ditakdirkan pada suatu hari, semasa lelaki ini mendirikan solat sunat, ibunya datang. Ibunya memangil-manggil nama anaknya. Pemuda ini tidak menjawab. Hati berbelah bagi samada hendak menjawab panggilan emaknya itu atau pun meneruskan solat. Lalu hati kecilnya menyatakan dia hendaklah teruskan solat tersebut. Katanya, sekejap lagi dia boleh bertemu dengan emaknya. Selesai sahaja solat, pemuda ini pun pergi menuju keluar ingin bertemu dengan ibunya. Namun tiada kerana ibunya telah kembali kerumahnya. Lalu dia masuk dan meneruskan solat sunat. Dia sangat suka menunaikan solat sunat tersebut tanpa kenal rasa penat. Pemuda ini telah dapat melihat kemanisan daripada ibadah-ibadah yang dikerjakannya. Masuk hari kedua, emaknya datang lagi. Ditakdirkan juga, pada masa ini pemuda ini dalam mendirikan solat sunat. Ibunya memberi salam dan memanggil nama anaknya. Seperti pada hari sebelumnya, pemuda ini tertanya-tanya samada hendak meneruskan solat ataupun berjumpa ibunya terlebih dahulu. Tapi, hati kecilnya menyuruhnya meneruskan solat. Melihat tiada sahutan daripada anaknya itu, ibu pemuda tersebut pun meninggalkan surau tersebut. Lalu, anaknya pergi keluar dan mendapati ibunya telah tiada. Lalu, diapun meneruskan solat sunatnya itu. Pada hari ketiga, ibunya datang lagi, ditakdirkan juga, pada masa ini anaknya itu sedang mendirikan solat sunat. Lalu ibunya itu memanggil-manggil nama anaknya. Tapi tiada sahutan kerana anaknya sedang mendirikan solat sunat seperti hari-hari sebelumnya. Pada hari ketiga ini, ibunya menjadi marah. Katanya, “tiga hari aku datang, engkau tidak menyahut panggilanku. Lalu ibunya itu berdoa “Ya Allah, janganlah engkau matikan anakku melainkan engkau timpakannya dengan perempuan jahat.” Pemuda ini mendengar doa ibunya itu. Dia merasa pelik dengan ibunya. Lalu dia keluar. Namun ibunya telah tiada. Hati pemuda itu mengatakan “ibu telah marah kepadaku”. Tapi tak apa, nanti aku menjenguknya.” Ditakdirkan oleh Allah, seseorang telah merasa dengki dan tidak menyukai pemuda tersebut. Lalu diupahnya seorang perempuan untuk menggoda pemuda ini. Perempuan ini cuba menggoda pemuda tersebut dengan memakai pakaian yang menjolok mata, tapi tak jalan. Kerana apa? Kerana pemuda ini telah terpikat dengan ibadah. Jadi, dia tidak tertarik pun dengan perempuan tersebut. Perempuan ini terasa tercabar. Dia berusaha untuk menjatuhkan pemuda yang kuat ibadah ini ke dalam fitnah. Lalu dia telah berjumpa seorang lelaki yang mengembala kambing. Dia telah meminta lelaki tersebut untuk menghamilkannya. Astaghfirullah al azim.... seorang perempuan sanggup berbuat sedemikian...Lalu lelaki pengembala kambing ini pun bersetuju. Apabila semuanya sudah sedia, mereka pun melakukan perbuatan terkutuk itu. BERZINA... Sehingga perempuan ini menghamilkan seorang anak. Perempuan itu pun bersama anaknya berjumpa dengan raja dan melaporkan bahawasanya dia telah dinoda oleh pemuda yang dikatakan kuat ibadahnya oleh masyarakat disitu. Orang kampung, bila mendengar cerita tersebut, tanpa usul periksa telah menyalahkan pemuda tersebut dan memakinya sekali. Mereka juga telah merobohkan surau yang menjadi tempat ibadah lelaki tersebut. Orang kampung membawa pemuda itu pergi mengadap raja. Raja pun membuat penagadilan keatas pemuda tersebut. Raja bertanya kepada pemuda tersebut. ‘Perempuan mengatakan engkau telah menodainya sehinggakan melahirkan anak. Adakah benar cerita perempuan ini?’ mendengar tuduhan tersebut, pemuda ini dengan tenang meminta keizinan raja untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Lalu raja mengizinkannya. Pemuda itu pun mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Hatinya terdetik dan teringat doa emaknya yang lepas. Dia mengetahui bahawasanya Allah telah mengkabulkan doa ibunya itu. Selesai solat, pemuda itu meminta anak tersebut dibawa kepadanya. Dengan izin Allah, pemuda itu menyentuh dan mengusap perut anak kecil itu dan bertanya, “wahai anak, siapakah bapamu?” dengan Izin Allah, anak itu menjawab, bapaku adalah seorang lelaki yang mengembala kambing dan bernama Yabur.” Subahanallah....anak kecil boleh bercakap.. orang kampung yang telah memaki dan mengutuknya mula angkat tangan ingin meminta maaf daripada pemuda tersebut. Mereka yang telah merobohkan suraunya berjanji ingin mendirikan semula surau untuk pemuda tersebut. Malah mengatakan ingin membina dengan menggunakan emas. Pemuda itu tidak mahu dengan emas, tapi cukuplah hanyalah dengan tanah. Cerita ini memberitahu kita bahawasanya doa ibu itu sangat senang untuk dikabulkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, daripada kisah ini juga, kita dapat memahami bahawasanya betapa besarnya akibat jika kita membuat ibu bapa kita marah. Kepada kita yang masih hidup dimuka bumi Allah ini, ingatlah, jika ibu bapa kita memanggil, wajib untuk kita hadir/menemui mereka. Tiada benda yang boleh membatasi dan menghalang kita daripada berjumpa dengan ibu bapa kita melainkan semasa mengerjakan solat Fardhu sahaja.

      Kemudian, keadaan mayat yang kelima Tuan Guru. Siangnya, semasa dikubur, kukunya pendek. Namun pada malamnya, apabila saya mengorek semula kuburnya, kukunya sangat panjang sehinggakan membelit-belit badan mayat tersebut sehingga mencengkam tanah. Dan, belitan kukunya itu membelit badan mayat sehingga terkeluar...


TAHAP KEHIDUPAN.....