Sunday 29 January 2012

Tidak layak menjadi pemimpin , siapakah mereka ?

4 KATEGORI MANUSIA TIDAK LAYAK DILANTIK JADI PEMIMPIN


Menyedari pentingnya pemimpin dan kepimpinan , Allah sendiri menyatakan dalam Al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin.

1.Orang Yahudi Dan Nasrani
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman,jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang sesiapa antara kamu menjadika mereka pemimpin, sesungguhnya ia menjadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang zalim. ”-Al-Maidah:51

2.Orang yang lebih mengutamakan kekafiran daripada keimanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang sesiapa yang mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalngan kamu, maka mereka itu adalah zalim.”-At-Taubah:23

3.Orang yang diluar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik.
Allah berfirman yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, merkea tidak henti-hentinya mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhmya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam mulut mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan Al-Quran,sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu.”        –Ali-Imran:118-119

4.Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnya.
Allah berfirman yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu? ” –An-Nisa’:144
Jawatan sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana berdasarkan sirah Rasulullah SAW juga baginda amat berhati-hati dalam memilih sahabat-sahabat yang dipercayai untuk memegang jawatan-jawatan tertentu sama ada mereka betul-betul bersedia dalam menerima kepercayaan tersebut atau sebaliknya, fikir-fikrkanlah. Sekian.  


dari : EXCO Perhubungan & Korporat ( PK)


No comments:

Post a Comment